Phone: +6 018 3850 377     Email: akademigrafologi@yahoo.com

Analisis Tulisan Tangan Pelajar

Tujuan utama ialah menghilangkan kebiasaan buruk dan memperkasakan kebiasaan positif melalui Grafoterapi di kalangan pelajar sekolah. Sampel tulisan tangan pelajar perlu dihantar oleh guru kelas/guru kaunseling bersama dengan sedikit latar belakang si penulis. Perkhidmatan ini adalah percuma dengan niat untuk membantu menangani pelbagai isu di sekolah di samping menjalankan penyelidikan Grafologi.

Memandangkan terdapat lebih 10 ribu buah sekolah (5.3 juta murid dan 412 ribu guru) di Malaysia, kerja ini bukanlah kerja seorang individu, ianya perlukan sekumpulan individu yang perihatin. Sedikit masa diperlukan bagi perkhidmatan ini, dilakukan bila masa bebas.

6

Pelajar melihat hasil analisis tulisan tangan masing-masing yang dilekatkan di papan hitam di SMK Taman Jasmin 2, Kajang.

7

Beginilah contoh analisis tulisan tangan. Grafoterapi diperkenalkan kepada pelajar untuk mengurangkan sikap negatif seperti tidak bersemangat, tiada hala-tuju, suka berangan-angan, kurang diplomasi, tidak jujur, tidak pentingkan ketelitian, menangguh kerja, baran, takut dengan kejayaan, degil dan malas berfikir serta mengukuhkan sikap positif seperti bercita-cita tinggi, berterus-terang dan sabar.

8

Komen-komen yang membina disertakan supaya penambah-baikan boleh dilakukan oleh pelajar. Contoh Grafoterapi ialah memperbaiki tulisan bagi huruf-huruf tertentu seperti huruf “t”, “g”, “j”, “y” dan “m” bagi pelajar sekolah. Aktiviti ini dijalankan secara berkala untuk memantau keberkesanannya.

9

10

Latihan Grafologi untuk pelajar sekolah.