Phone: +6 018 3850 377     Email: akademigrafologi@yahoo.com

Manfaat Grafologi


(1) menentu jurusan, minat dan bakat
(2) menilai kesesuaian pasangan atau rakan bisnes
(3) menilai calon pekerja
(4) menilai personaliti
(5) menghilangkan kebiasaan buruk
(6) menguatkan kebiasaan positif

Tulisan adalah hasil kerja otak di bawah sedar (subconscious), kalau tiada tangan, kaki dan mulut juga boleh digunakan sebagai perantara untuk menulis. Ia merupakan analisa yang tepat untuk “personality traits” terutamanya dalam pengambilan pekerja dan digunakan secara meluas di Perancis dan Israel. Dikatakan sekitar 80 peratus syarikat di negara tersebut menggunakan khidmat grafologi. Di Amerika Syarikat juga sedang berkembang pesat penggunaannya. Biasanya dilakukan secara rahsia namun ada syarikat yang mengakui secara terbuka seperti Bristols-Meyers, Citibank, Xerox, Allied Signal dan Hewlett-Packard.

Bagi kaunselor yang biasa dengan Teori Holland atau perisian RIASEC, grafologi boleh mengenal pasti traits yang terkandung dalam Holland seperti personaliti realistik, investigatif, sosial, konvensional, artistik dan keusahawanan melalui tulisan tangan. Tulisan pemohon boleh dipadankan dengan jawatan yang ditawarkan untuk memaksimumkan kesesuaian.