Phone: +6 018 3850 377     Email: akademigrafologi@yahoo.com

Penyelidikan

Jika bercadang untuk melakukan penyelidikan Grafologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah boleh berbincang dengan Pengasas AGM; Dr. Hanida Haron di Akademi Grafologi Malaysia atau Ir. Dr. Anuar Kasa di Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), UKM.

Penyelidikan Grafologi ini melibatkan pelbagai bidang pengajian terutamanya; Psikologi, Bahasa & Budaya, Sains Sosial, Pendidikan Kaunseling dan Kejuruteraan. Perbincangan mengenai penyeliaan dan topik yang bersesuaian dengan bidang masing-masing boleh dilakukan.

“Hidup lebih bermakna dengan memberi”. Semoga kita berjaya membantu diri dan orang di sekeliling (masyarakat) dengan kemahiran Grafologi; meningkatkan produktiviti kerja dengan lebih mengenali rakan sekerja/klien, membantu syarikat/institusi dengan memilih pekerja yang tepat dengan kebolehan mereka, mampu mengenalpasti masalah anak-anak/pelajar serta memperbaiki sikap mereka melalui Grafoterapi, berkebolehan melihat potensi mereka dan mencungkil bakat yang terpendam supaya lebih berjaya. Ianya juga sesuai untuk mengetahui rahsia calon pasangan anda.